Monday, October 5, 2009

SIAPA KAMI?

Kami adalah pengusaha industri pemakanan di negeri Perlis yang mempelopori makanan berkaitan dengan sejuk - beku, Baking & Pastry, Kulinari, makanan kesihatan berasaskan herba serta Ice - Blended.

Matlamat kami ialah menjadi Pengusaha Utama Bumiputra berasaskan Produk Halal yang menyokong sepenuhnya seruan kerajaan untuk memajukan industri Halal - Hub. Kami terdiri daripada 2 orang Usahawan Chef tempatan berpengalaman dalam industri berkaitan. Pengalaman inilah yang kami ingin mengadaptasikan dalam industri makanan halal Malaysia bagi menjamin setiap umat Islam khususnya dapat mencari satu halatuju yang sebenarnya iaitu memilih makanan halal dan baik ( Konsep Halalan Toiyibbah ).

Apa yang paling penting sekali ialah kami ingin membawa imej Pengusaha Makanan Islam yang mementingkan
Halal, Baik, Bersih dan Selamat.

Kami mempelawa semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memajukan muamalah Islam untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

"1Ummah, 1Tuhan, 1Negara!"